Angka kematian di Gaza meningkat kepada 41,206
GAZA - Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 41,206 orang, kata pihak berkuasa kesihatan berpangkalan di sini dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
Sepanjang 24 jam lepas, sejumlah 24 orang terbunuh dan 57 lagi cedera dalam serangan tentera Israel, menjadikan keseluruhan angka kematian kepada 41,206 orang dan 95,337 lagi mangsa yang cedera sejak konflik Palestin-Israel meletus pada awal Oktober 2023, katanya. - Bernama