'Bawa watak suami isteri dengan anak hanya lakonan'

Antara video pengisian yang dimuat naik di akaun TikTok milik Dya.
Antara video pengisian yang dimuat naik di akaun TikTok milik Dya.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas menerima kritikan hebat daripada pengguna media sosial mengenai pengisian ibu dan anak yang membawa watak suami isteri, pemilik akaun TikTok, Dya Romantika Life tampil memberikan penjelasan bahawa ia hanya lakonan semata-mata.

Dia berkata, warganet dilihat sedikit sensitif susulan beberapa isu berkaitan kanak-kanak bawah umur seperti ‘Abang Bas’ dan telah mengheretnya dengan mendakwa apa yang dilakukan itu salah.

Dya menerusi akaun TikToknya pada Sabtu tampil memberikan penjelasan berhubung pelbagai kritikan mengenai pengisian yang dibuat olehnya.
Dya menerusi akaun TikToknya pada Sabtu tampil memberikan penjelasan berhubung pelbagai kritikan mengenai pengisian yang dibuat olehnya.

“Saya sendiri telah berurusan dengan wakil TikTok, polis dan peguam yang menyatakan pengisian kami tidak ada masalah.

“Bayangkan kita mencari rezeki dengan cara halal tetapi tiba-tiba perkara ini berlaku. Jadi saya memang terkejut,” katanya menerusi akaun TikToknya pada Sabtu.

Akaun TikTok dan hantaran milik wanita berkenaan mendapat perhatian ramai selepas beberapa individu termasuk penghasil pengisian turut memberikan pandangan mengenai video-video yang dihasilkan.

Antara pandangan diutarakan adalah perkara tersebut dilihat sebagai satu bentuk normalisasi kepada perkara yang tidak baik dan mengajar generasi baharu melakukan apa sahaja bagi meraih perhatian umum.

Menurut Dya, biarpun ramai mengkritik pengisian tersebut sebagai geli dan menjijikkan, namun dia tidak lihat apa yang silap di sebalik video dihasilkan.

Artikel Berkaitan:

“Kalau ada yang sampai kata menjijikkan atau memalukan, anak-anak bawah umur pun boleh nampak pengisian kami hanya sudut pandang dan sebuah lakonan sahaja," katanya.

Jelasnya, dia tidak pernah terdetik untuk melakukan perkara tidak baik terhadap anak-anaknya.

“Saya sama sahaja seperti ibu-ibu lain di luar sana yang nak tengok anak-anak berjaya. Kata maaf kepada penonton dan netizen baru mengenali kami,” katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!