Pesawat ke Wuhan sudah lintas Laut China Selatan

Radar menunjukkan kedudukan terkini pesawat khas penerbangan ke Wuhan, China sedang melintasi ruang udara negara Kemboja
Radar menunjukkan kedudukan terkini pesawat khas penerbangan ke Wuhan, China sedang melintasi ruang udara negara Kemboja
A
A
A

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat khas membawa 20 petugas Misi Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR) Malaysia ke bandar Wuhan, China dan krew penerbangan kini sudah berada di ruang udara negara Kemboja.

Semakan radar antarabangsa FlightRadar24.com pada jam 6.00 petang tadi mendapati kedudukan pesawat AirAsia AK8264 sudah melintasi Laut China Selatan lebih sejam selepas penerbangan dilakukan.

Tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wuhan secara terus dianggar selama 4 jam 35 minit.

Pesawat khas yang bakal digunakan untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak masing-masing disahkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, Sepang pada jam 4.30 petang hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan menegaskan pesawat AirAsia bersama 12 krew dan lapan petugas misi HADR berlepas ke Wuhan untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak masing-masing.

Menurutnya, penerbangan itu juga membawa bersama 500 ribu pasang sarung tangan getah (gloves) sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan wabak novel koronavirus di negara itu.

Artikel Berkaitan: