MCA bantah kenaikan tarif air di Pulau Pinang

Teik Liang (dua dari kiri) menyerahkan surat bantahan kepada Eng Keat di Komtar tadi.
Teik Liang (dua dari kiri) menyerahkan surat bantahan kepada Eng Keat di Komtar tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang diminta agar mencontohi Kerajaan Sabah yang bertegas tidak akan menaikkan kadar tarif air pada masa ini.

Jurucakap Perhubungan MCA Pulau Pinang, Ooi Teik Liang berkata, walaupun Kerajaan Pusat berhasrat untuk menaikkan kadar itu dan menyelaraskan di semua negeri, namun Kerajaan Sabah tetap dengan pendirian mereka.

Menurutnya, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow perlu melihat semula perkara ini sebelum menaikkan kadar tarif air kerana ia jelas akan membebankan rakyat di Pulau Pinang.

"Jika Sabah boleh (tidak menaikkan kadar tarif air), mengapa Pulau Pinang tak boleh? Kon Yeow perlu pandang serius isu ini dan dalam keadaan sekarang, menaikkan tarif air tidak sesuai.

"MCA Pulau Pinang membantah kenaikan kadar tarif air ini kerana sepanjang DAP memerintah negeri ini, sudah empat kali kadar tarif air naik," katanya kepada media tadi.

Dia ditemui di tingkat 3, Komtar bagi menyerahkan surat bantahan tersebut kepada kerajaan negeri yang diwakili Pembantu Penerangan, Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Pejabat Ketua Menteri, Ooi Eng Keat.

Kelmarin, Kon Yeow mengumumkan bahawa kadar tarif air di Pulau Pinang akan naik sehingga 20 peratus atau lebih, selaras dengan pengumuman kerajaan dalam usaha untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Artikel Berkaitan: