20,000kg kubis ada serangga perosak dirampas

Sebahagian 20,000kg kubis yang dirampas dan dikenal pasti mempunyai serangga perosak iaitu Plutella. - Foto Maqis Selangor
Sebahagian 20,000kg kubis yang dirampas dan dikenal pasti mempunyai serangga perosak iaitu Plutella. - Foto Maqis Selangor
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Sebanyak 20,000kg kubis yang dikesan mempunyai serangga perosak berjaya dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor dalam satu operasi yang dijalankan pada 23 Januari lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, dalam operasi jam 11 pagi itu, pihaknya memeriksa sebuah kontena membawa dagangan kubis dari China yang dianggarkan bernilai RM29,277.59.

“Pemeriksaan kemudiannya mendapati kubis berkenaan dipercayai mempunyai serangga perosak yang dikenali sebagai ulat Plutella.

"Kesemua kubis itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana jika dibiarkan masuk ke pasaran negara boleh menjejaskan industri tanaman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota Maqis yang memeriksa sebuah kontena yang membawa masuk dagangan kobis dari China sebelum menemui serangga perosak Plutella. - Foto Maqis Selangor
Anggota Maqis yang memeriksa sebuah kontena yang membawa masuk dagangan kobis dari China sebelum menemui serangga perosak Plutella. - Foto Maqis Selangor

Menurutnya, rampasan tersebut adalah tangkapan pertama bagi tahun ini membabitkan Plutella.

"Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Artikel Berkaitan:

"Maqis sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan bagi keluaran pertanian yang diimport ke negara kita supaya setiap keluaran pertanian tiada perosak dan penyakit, bahan cemar dan mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Maqis
Maqis