DBKL tutup premis perniagaan warga asing

Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan penutupan dua premis perniagaan warga asing tanpa lesen dan mengeluarkan 14 kompaun dalam satu operasi di sekitar Taman Maluri di sini.

DBKL dalam kenyataannya berkata, tindakan khas itu dijalankan menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Titiwangsa dan Jabatan Integriti pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

"Melalui tindakan khas dijalankan, DBKL menutup dua premis dan mengeluarkan 14 notis kompaun menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dari DBKL dan UUK 22(1)(b) serta 5 kes sitaan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

DBKL mengambil tindakan penutupan dua premis perniagaan warga asing tanpa lesen
DBKL mengambil tindakan penutupan dua premis perniagaan warga asing tanpa lesen

"Antara barangan yang disita adalah kanopi, "stall stainless steel" dan lain-lain peralatan," menurut PBT itu menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Menurut hantaran itu, barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!