PRK Mahkota: Amanah ingatkan pembangkang jangan sentuh isu 3R

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil.
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil mengingatkan pembangkang supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum) sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Beliau berkata, pembangkang perlu menjadi konstruktif dan progresif dengan tidak menjadikan ia sebagai bahan kempen.

"Kita mahu menjadi sebuah negara yang maju, sebab kemajuan negara penting dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

"Jangan guna rakyat untuk kepentingan politik atas nama 3R, ia tidak memberikan faedah kepada mana-mana pihak, jadi perkara itu perlu dihindari," katanya.

Muhammad Faiz (tengah,duduk) pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar, Kota Bharu pada Khamis.
Muhammad Faiz (tengah,duduk) pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar, Kota Bharu pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar di sini pada Khamis

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faiz berkata, diesel sudah tidak relevan untuk dijadikan sebagai bahan kempen pada PRK Mahkota.

Ujarnya, kemenangan Barisan Nasional (BN) di PRK Nenggiri sebelumnya membuktikan rakyat sudah memahami tujuan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel di negara ini.

Artikel Berkaitan:

PRK Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Mahkota pada 28 September ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.

Pada PRK itu nanti Syed Hussien Syed Abdullah yang juga ahli Majlis Perbandaran Kluang (Zon Seri Impian) akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya 28 September ini manakala Mohamad Haizan Jaafar daripada Bersatu membawa cabaran PN.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!