Ada pihak guna nama masjid kutip derma dari rumah ke rumah

Pengurusan Masjid Jamek Al-Amaniah tidak melantik sebarang individu untuk membuat kutipan sumbangan dari rumah ke rumah.
Pengurusan Masjid Jamek Al-Amaniah tidak melantik sebarang individu untuk membuat kutipan sumbangan dari rumah ke rumah.
A
A
A

BATU CAVES - Pengurusan Masjid Jamek Al-Amaniah tidak melantik sebarang individu untuk membuat kutipan sumbangan dari rumah ke rumah.

Pengurus Masjid Jamek Al-Amaniah Batu Caves, Habib Abdul Fisol berkata, pihaknya meminta orang awam berhati-hati dengan aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan terdapat tiga orang anak muda menggunakan nama masjid berkenaan bagi tujuan itu.

"Di sini saya ingin menegaskan, bahawa tidak ada pihak yang dilantik mewakili masjid untuk membuat perkara tersebut.

"Maka masjid tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti tersebut dan meminta agar orang ramai berhati-hati terhadap aktiviti tersebut," katanya menerusi hebahan di Facebook.

Pada pembentangan sama, beliau memaklumkan, setakat ini kesemua individu tersebut masih belum ditahan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!