[VIDEO] Kematian Haura Najia masih belum terbela - Ibu

A
A
A

MELAKA - Biarpun telah dua tahun berlalu namun masih segar di ingatan seorang wanita apabila bayinya yang sihat dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) akhirnya didakwa maut akibat kecuaian pengasuh.

Nurul Fatehah Sandollah, 37, berkata, apa yang dikesalkan kematian anak ketiganya, Haura Najia Mohd Kamaruddin Helsa yang berusia enam bulan ketika itu sehingga kini masih belum mendapat pembelaan biarpun peristiwa hitam itu masih menghantui dirinya.

Menurutnya, sehingga sekarang dia masih menyalahkan diri kerana insiden berlaku pada 27 Oktober 2022 meragut nyawa zuriat ketiga yang dinantikannya sekeluarga selama enam tahun.

Nurul Fatehah (kiri) tidak dapat menahan sebak menceritakan kematian anaknya yang ddiakwa tidak mendapat pembelaan ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Impian, di sini pada Selasa.
Nurul Fatehah (kiri) tidak dapat menahan sebak menceritakan kematian anaknya yang ddiakwa tidak mendapat pembelaan ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Impian, di sini pada Selasa.

"Kematian Haura Najia seolah-olah tidak mendapat pembelaan, saya turun naik, turun naik jabatan untuk dapatkan penjelasan sewajarnya namun sehingga sekarang tidak dilayan.

"Malah keputusan bedah siasat juga hanya diterima selepas empat bulan kematian Haura dan itu yang menjadi persoalan kepada kami suami isteri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bertam Impian di sini pada Selasa.

Menceritakan semula insiden itu, Nurul Fatehah yang bertugas di Politeknik Melaka berkata, dia yang ketika itu berada di tempat kerja dihubungi pihak taska pada jam 4.29 petang dan dimaklumkan Haura tidak sedarkan diri.

Katanya, selepas menerima panggilan itu, dia terus bergegas ke taska sebelum dimaklumkan bayinya telah dibawa ke klinik sebelum dihantar ke hospital kerana keadaan muka yang kebiruan dan tidak sedarkan diri.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, ketika di hospital, suaminya bersama kakaknya menemui pengasuh itu dan wanita itu mendakwa bayi dalam keadaan dibedung ketika ditinggalkan namun selepas beberapa jam bayinya berada dalam keadaan tertangkup.

Nurul Fatehah bersama suaminya menunjukkan gambar mata lebam Haura Naija dan gambar ceria arwah ketika masih hidup.
Nurul Fatehah bersama suaminya menunjukkan gambar mata lebam Haura Naija dan gambar ceria arwah ketika masih hidup.

"Masa itu kami tak terfikir nak rekod apa yang diluahkan pengasuh itu, kerana ketika itu saya fikir masa untuk bersama anak yang sedang bertarung nyawa lebih penting," katanya lagi.

Nurul Fatehah berkata, dia bersyukur apabila kes bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dipercayai dibunuh pengasuhnya mendapat tindakan pantas.

Malah katanya, ibu bapa bayi berkenaan juga diberi peluang melihat rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serta laporan bedah siasat juga diperolehi dalam tempoh masa 24 jam.

Ujarnya, berlainan dengan kes yang menimpa anaknya kerana sehingga kini dia tidak berpeluang melihat rakaman CCTV untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika Haura Najia ditinggalkan sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.

"Punca kematian anak saya dikatakan akibat jangkitan kuman sedangkan pengasuh mengakui dan meminta maaf atas kejadian sebenar berpunca daripada kecuaiannya.

"Paling saya sedih dan terkilan selepas kejadian barulah saya tahu Taska di Pulau Gadong itu sebenarnya beroperasi tanpa lesen sejak 2017 sehingga 2022 malah tidak pernah langsung dikenakan kompaun," katanya lagi.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kematian tragis bayi lelaki yang meninggal dunia di taman asuhan kanak-kanak-kanak (taska) pada Jumaat lalu, pernah menimpa seorang bayi perempuan berusia enam bulan pada dua tahun lalu.

Cara kematian kejam seperti yang menimpa Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri, lapan bulan dengan cara dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal di pusat jagaan itu lebih kurang sama dengan insiden yang meragut nyawa Haura Najia Mohd Kamaruddin Helsa di sebuah taska di negeri ini pada 27 Oktober 2022.

Insiden yang menimpa bayi comel itu tular di laman sosial sejak Sabtu lalu apabila ibunya, meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan taska yang sanggup membiarkan bayinya dalam keadaan dibedung selama enam jam.

@sinarharianonline

Saya turun naik jabatan untuk dapatkan penjelasan sewajarnya namun sehingga sekarang tidak dilayan - Nurul Fatehah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Melaka #NegeriSembilan #HauraNajia #Taska #Pengasuh

original sound Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!