Trump akui 'tersinggung' sokongan Putin terhadap Kamala Harris

Donald Trump (kiri), Kamala Harris dan Putin.
Donald Trump (kiri), Kamala Harris dan Putin.
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara berseloroh mengakui bahawa beliau "sangat tersinggung" dengan keputusan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menyatakan sokongan kepada Naib Presiden AS, Kamala Harris, lapor Sputnik.

Semasa bercakap pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur, Putin secara berseloroh berkata, Rusia akan menyokong calon presiden AS dari Parti Demokrat Kamala Harris seperti yang disyorkan oleh penyandang Presiden, Joe Biden.

Pemimpin Rusia itu mendakwa Harris mempunyai ketawa yang "berjangkit" yang mana seseorang boleh membuat kesimpulan bahawa beliau "melakukan dengan agak baik."

"Saya mengenali Putin, saya mengenalinya dengan baik. Pada hari yang lalu beliau menyokong Kamala. Beliau menyokong Kamala - Saya sangat tersinggung dengan itu. Saya fikir ia dilakukan mungkin dengan senyuman," kata Trump kepada penyokongnya semasa berucap pada perhimpunan di Wisconsin.

Trump juga tertanya-tanya mengapa ketua negara Rusia itu menyokong Harris, sambil menambah bahawa Putin adalah seorang "pemain catur."

Selain itu, bekas presiden itu sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa konflik Ukraine tidak akan berlaku di bawah pemerintahannya.

Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 November.

Naib Presiden Harris akan mewakili Parti Demokrat, dan Trump akan mewakili Parti Republikan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!