15 lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti judi 'poker' diberkas

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di Bukit Jalil semalam.
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di Bukit Jalil semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 15 lelaki yang terlibat dengan aktiviti perjudian 'poker' ditahan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penahanan itu termasuklah seorang lelaki tempatan dipercayai penganjur perjudian dan dua lelaki dipercayai pekerja oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 11 malam.

"Kita turut menahan 12 individu termasuk seorang warga China dan seorang Rusia yang disyaki pemain perjudian di dalam premis tersebut," katanya melalui kenyataan media pagi tadi.

Menurut, kesemua individu terbabit berusia dalam lingkungan 24 hingga 34 tahun.

Rusdi berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 791 keping cip pelbagai warna, 104 keping daun terup dan wang tunai berjumlah RM15,637 dalam serbuan tersebut, selain 17 buah telefon bimbit pelbagai jenama dan dua tablet.

Beliau berkata, kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, Rusdi turut menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan perjudian kerana tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur atau pemain.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai D7 Polis Kuala Lumpur, Asisten Superitendan Azri Ramli di talian 03-21460649 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Artikel Berkaitan: