Lelaki parah kereta terbabas sebelum terbalik

Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi.
Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki parah selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Ten Sew Kee, 42, memandu kereta Proton Wira dari pusat bandar menghala ke Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) pada jam 3.05 pagi.

"Apabila tiba di lokasi kejadian sebelum susur ke Lebuhraya Sprint, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik di tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dilaporkan masih belum sedar dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Pegawai penyiasat memaklumkan tiada unsur menunjukkan pemandu berkenaan dalam keadaan mabuk ketika kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: