Petani OKU terima bantuan

Salahuddin (kiri) meninjau tapak tanaman sayuran fertigasi yang diusahakan Zuliadin (tengah) di Kampung Rusila, Marang kelmarin.
Salahuddin (kiri) meninjau tapak tanaman sayuran fertigasi yang diusahakan Zuliadin (tengah) di Kampung Rusila, Marang kelmarin.
A
A
A

MARANG - Bantuan menerusi Program Rezeki Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diterima seorang petani orang kurang upaya (OKU) mampu meningkatkan hasil tana-man sayuran fertigasi yang diusahakannya.

Zuliadin Abdullah, 50, yang tidak boleh berjalan kerana mengalami penyakit gout sejak lapan tahun lalu berkata, bantuan yang diterimanya merangkumi benih tanaman, baja, pam racun, pam elektrik dan tangki air bernilai RM9,000.

Beliau yang mengusahakan tanaman timun mengakui sejak harga timun jatuh kebelakangan ini, jualannya agak terganggu, malah adakalanya dia mengalami kerugian.

“Dari segi tanaman tiada masalah, cuma cabaran harga timun yang rendah dan lambakan di pasaran menyebabkan kesukaran untuk memasarkan tanaman tersebut.

“Buat masa ini harga timun sekitar 80 sen hingga RM1 bagi setiap sekilogram,” katanya kepada Sinar Harian di tapak tanaman timun beliau di Kampung Rusila di sini ketika menerima kunjungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub kelmarin.

Zuliadin berkata, bantuan yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat membantunya menghasilkan timun yang lebih ber-kualiti, sekali gus menjamin persaingan di pasaran.

Menurutnya, ia juga dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah yang berkecimpung dalam bidang pertanian untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka.

“Saya bersyukur kerana terpilih menerima bantuan ini dan saya harap ia dapat membantu menyelesaikan masalah modal yang saya hadapi.

Artikel Berkaitan:

“Selain bantuan ini, saya juga memerlukan bantuan bumbung untuk kawasan penana-man timun bagi memastikan tanaman tersebut lebih segar dan subur,” katanya yang telah mengusahakan tanaman timun sejak sebulan lalu.

Salahudin melihat pokok timun yang diusahakan Zuliadin di Kampung Rusila, Marang kelmarin.
Salahudin melihat pokok timun yang diusahakan Zuliadin di Kampung Rusila, Marang kelmarin.

Zuliadin kini dibantu seramai empat pekerja tetap yang terdiri dalam kalangan rakan termasuk anaknya, Toriq Mujahid, 23.

Katanya, dia menyasarkan peningkatan hasil pendapatan mencecah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan bagi tujuh tapak tanaman timun seluas hampir 0.8 hektar yang diusahakannya itu.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pihaknya menyasarkan seramai 1,000 peserta akan menerima bantuan peruntukan sebanyak RM10 juta menerusi Program Rezeki Tani yang dijalankan dalam tempoh dua tahun bermula pada tahun 2019 hingga 2020.

Menurutnya, Program Rezeki Tani merupakan program di bawah MOA yang bertujuan membantu peserta meningkatkan pendapatan melalui projek ekonomi yang dijalankan.

Katanya, ia melibatkan aktiviti pengelua-ran, pemprosesan, pengedaran, pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan, selain mempertingkatkan pengeta-huan serta kemahiran melalui latihan.

Perlaksanaan program tersebut dibahagikan kepada tiga jabatan dan tujuh agensi di bawah kementerian iaitu Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

“LPP telah membantu seramai 50 peserta untuk menerima bantuan pada 2019 di Semenanjung Malaysia. Seramai tujuh peserta dari Terengganu.

“Ini adalah program berkesan yang diwujudkan supaya golongan berkenaan dapat berdikari dengan bantuan sebanyak RM10,000 yang diberikan.

“Program ini akan diteruskan dan saya akan pastikan kita akan meningkatkan lagi bantuan serta jumlah penerima,” katanya.