Penunjuk perasaan tolak PM baharu Iraq

Mohammed Tawfiq Allawi
Mohammed Tawfiq Allawi
A
A
A

BAGHDAD - Presiden Iraq, Barham Salih semalam melantik Mohammed Tawfiq Allawi sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Pelantikan itu dibuat selepas kemelut politik lebih dua bulan.

Allawi akan mengendalikan negara itu sehingga pilihan raya awal dapat diadakan.

Oleh itu, beliau mesti membentuk kerajaan baharu dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun selepas pengumuman Presiden, penunjuk perasaan berkumpul di Baghdad dan bandar di selatan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pelantikan Allawi.

Mereka turut melaungkan slogan 'Tolak Allawi' ketika berhimpun di Dataran Tahrir.

Allawi, bekas Menteri Komunikasi pernah terpalit dengan isu rasuah dan dituduh sebagai penyokong dasar Syiah. -Agensi

Artikel Berkaitan: