Haruan makan anak mengaku tak bersalah

Tertuduh diiringi polis di mahkamah, hari ini.
Tertuduh diiringi polis di mahkamah, hari ini.
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap anak kandung perempuannya tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 38 tahun dan bekerja sendiri itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pulau Pisang, Jalan Malim Nawar pada Julai tahun lalu.

Lelaki itu dituduh meraba kemaluan, payudara selain menjilat kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun pada ketika itu.

Lelaki berkenaan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara yang tidak melebihi 20 tahun dengan sebatan.

Peguam tertuduh, S.Teeban memohon mahkamah untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya, Naidatul Athirah Azman mencadangkan syarat agar tertuduh perlu melapor diri sekali seminggu di balai polis berhampiran selain tidak dibenarkan menghubungi mangsa dan ibu mangsa walau dengan apa cara sekali pun.

Artikel Berkaitan: