Penyokong JDT, Selangor FC mula penuhi Stadium Bukit Jalil
Perlawanan yang akan bermula jam 9 malam itu dijangka berlangsung sengit mencari juara baharu edisi 2024.
Pertembungan antara JDT menentang Selangor FC dalam aksi Piala FA pada malam ini menjadi perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Ia dijangka menjadi aksi yang menarik dan sengit melihatkan reputasi kedua-dua pasukan ketika ini.
Penganalisis bola sepak tempatan, Mohd Fauzi Pilus sebelum ini dilapor berkata, skuad JDT dijangka terus menjadi pilihan untuk menjulang piala tersebut, namun Selangor berpotensi untuk mencipta kejutan.
Menurutnya, kedua-dua pasukan akan tampil dengan taktikal ampuh dan permulaan perlawanan akan menjadi terbuka sebelum pasukan yang terbaik pada aksi final itu akan muncul juara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!