'Isteri menjerit minta tolong, sebelum dia senyap' - Suami mangsa

KUALA LUMPUR - “Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian."
Demikian kata suami kepada wanita warga India yang terjatuh dan tertimbus susulan kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India dekat sini pada Jumaat.
Bagaimanapun lelaki berusia 40-an itu agak keberatan untuk menceritakan dengan lebih lanjut berhubung kejadian yang menimpa isterinya selain kesukaran untuk berkomunikasi.
Setakat jam 3 petang, usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang sudah masuk hampir tujuh jam diteruskan menggunakan jengkaut bagi membesarkan lubang benam terbabit untuk memudahkan tugas pasukan penyelamat.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan maklumat berkaitan kejadian terbabit dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.
Polis akan merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan, setakat ini pihaknya tidak boleh komen lebih terperinci kerana ia masih dalam siasatan.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota bomba sedang giat melaksanakan kerja menyelamat di lokasi kejadian.
Menurutnya, setakat ini kawasan itu masih dianggap selamat bagaimanapun perbincangan lanjut akan diadakan bagi mempertimbangkan jika ada keperluan untuk menutup kawasan terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -[VIDEO] Terengganu bakal lantik wakil kaum Cina daripada parti Gerakan sebagai ADUN lantikan
08 November 2026 05:56pmAmaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
08 November 2026 05:41pm196 pengunjung bawah umur dicekup dalam serbuan pusat hiburan
08 November 2026 05:11pmRibut petir, hujan lebat diramal landa 11 negeri
08 November 2026 04:33pmDatuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
08 November 2026 07:15amPelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
08 November 2026 07:30amSerangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'
08 November 2026 08:21amLelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
08 November 2026 08:15am- Iklan -- Iklan -

