Kerajaan PH diminta sedia langkah konkrit bendung koronavirus

Jamil Khir
Jamil Khir
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta mengambil langkah lebih konkrit dalam memastikan koronavirus benar-benar tidak merebak di negara ini sekali gus mengurangkan keresahan rakyat mengenai penyakit itu.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia tetapi nyawa rakyat adalah lebih utama dan rakyat sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga antaranya dengan memakai penutup muka sebagai ikhtiar untuk mengelak terkena virus tersebut.

"Ada pula yang berhujah bahawa virus ini boleh menular melalui mata. Jikalau benar maka penutup muka juga tidak mampu menghalangnya. Koronavirus belum ada ubat penyembuhan dan ia bergerak pantas menyerang mangsa. Langkah pencegahan diambil beberapa buah negara seperti Filipina, Singapura, Indonesia, United Kingdom, Taiwan dan lain-lain negara di dunia memperlihatkan betapa seriusnya wabak ini," katanya dalam satu kenyataan.

Jamil Khir berkata, langkah Kerajaan PH melalui Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar dan pandangan suara beberapa orang menteri PH dilihat seolah-olah tidak melihat isu ini amat kritikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

"Sedangkan rakyat dilihat bergelut kebimbangan sehingga ramai mula berkurung di rumah menyebabkan pusat membeli belah dan tempat keramaian menjadi lengang, namun bagaimana dengan alam persekolahan, pejabat awam, lapangan terbang dan sektor perkilangan yang ramai kakitangannya” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu kerajaan PH diminta mengambil langkah konkrit.

Artikel Berkaitan: