Tiga sekeluarga maut kereta rempuh belakang treler

Kemalangan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sierramas West kira-kira.jam 1.30 tengah hari, tadi.
Kemalangan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sierramas West kira-kira.jam 1.30 tengah hari, tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH – [DIKEMASKINI] Tiga sekeluarga maut manakala bayi berusia dua bulan dan seorang lagi kanak-kanak parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sierramas di Sungai Buloh di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kemalangan kira-kira jam 2 petang itu berlaku apabila kereta Proton Persona yang dinaiki lima sekeluarga tersebut gagal memotong dan melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan ubatan farmasi.

Menurut Azman, mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri Mohd Azrul Kasim, 35; Noor Hafisah Sharibun, 35, dan anak mereka Muhammad Haiqal Mohd Azrul, 2 tahun.

Manakala seorang lagi anak angkat pasangan itu, Muhammad Shahril Aiman Abdul Rahman, 7, dan Aishah Umairah Mohd Azrul dua bulan, parah.

“Kereta yang dipandu Noor Hafisah baru keluar dari susur RnR Jejantas Sungai Buloh dan dia dikatakan cuba memotong di sebelah lorong kanan namun terdapat sebuah lagi kenderaan berat menyebabkan mangsa cuba mengelak dan merempuh treler di hadapannya.

‘’Akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler Azman Sahat, 46, tidak mengalami sebarang kecederaan,’’ katanya.

Jelas Azman, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat manakala kanak-kanak dan bayi yang parah kini dirawat di Zon Merah hospital berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: