Ronaldo paling ramai pengikut di Instagram

Perkongsian Ronaldo kini tular di media sosial yang meraih kira-kira 12 juta tanda suka
Perkongsian Ronaldo kini tular di media sosial yang meraih kira-kira 12 juta tanda suka
A
A
A

ITALI - Penyerang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo mencatat rekod sebagai individu yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di akaun Instagram yang kini mencecah 200 juta pengikut.

Jumlah itu berjaya menewaskan beberapa selebriti dan ahli sukan ternama seperti Ariana Grande, Dwayne Johnson, Selena Gómez, Beyoncé, Leo Messi dan Neymar.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pemain kebangsaan Portugal itu melalui sebuah rakaman video ucapan terima kasih di Instagramnya yang ditujukan kepada peminatnya.

"Wow, 200 juta!!!. Terima kasih kepada setiap seorang daripada kamu yang telah berkongsi perjalanan bersama saya pada setiap hari," tulisnya di Twitter.

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

Terdahulu, Ronaldo telah disenaraikan sebagai individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram yang kini mempunyai lebih 196 juta pengikut di media sosial.

Jumlah pendapatannya melalui Instagram dikatakan melebihi jumlah diperoleh hasil karier sukannya pada tahun lepas iaitu sekitar AS$35 juta (RM143.6 juta).

Sementara itu, perkongsian Ronaldo kini tular di media sosial yang meraih kira-kira 12 juta tanda suka dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh pemain bola terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Terbaik Ronaldo, ramai betul pengikutnya. Aku yang mengikutinya sangat suka melihat cara hidupnya yang telah dikongsikan oleh Ronaldo. Teruskan Ronaldo berusaha dalam karier bola sepak mahupun periklanan," tulis Sam Ran di Instagram.

Maria Gonorava pula memberitahu, "Saya betul-betul meminati awak Ronaldo dan saya suka sikap yang ditunjukkan baik dan positif yang telah awak tunjukkan kepada masyarakat khususnya dalam membantu rakyat Palestin walaupun dia bukan beragama Islam".

Wow 200 million!!! Thank you to each and every one of you for sharing this journey with me every day!!

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on Jan 29, 2020 at 9:09am PST