RM5.119 juta bantu petani terjejas musim kemarau: Salahuddin

Salahuddin (empat dari kiri) dan Husam (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM5.119 juta kepada petani yang terjejas pada musim kemarau di PPK Cherang Rotan di sini hari ini.
Salahuddin (empat dari kiri) dan Husam (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM5.119 juta kepada petani yang terjejas pada musim kemarau di PPK Cherang Rotan di sini hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM5.119 juta bagi membantu para petani di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang terjejas akibat musim kemarau sebelum ini.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pampasan itu membabitkan seramai 2,999 petani yang mengalami kerosakan bagi musim 2018.

"Untuk musim 2/2018 sebanyak 7,734 hektar sawah padi di bawah seliaan KADA telah mengalami kerosakan teruk akibat bencana kemarau.

"Kita harap bantuan yang disalurkan mampu meringankan beban para petani terlibat," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Kemarau Tanaman Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bagi Musim 2/2018 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa.

Menurutnya, setiap petani terlibat akan menerima pampasan berjumlah RM876 untuk satu hektar.

Katanya, bagaimanapun pampasan itu hanya dihadkan kepada keluasan maksima tiga hektar bagi setiap pesawah.

"Hari ini seramai 835 penerima dari jajahan Pasir Puteh dan 436 penerima di Bachok mendapat pampasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Selebihnya, kita akan agihkan sedikit masa lagi mengikut jajahan masing-masing," katanya.

Salahuddin berkata, bantuan ini merupakan tanda keprihatinan pihak kerajaan dalam membela nasib petani.

Katanya, kerajaan juga telah bertungkus-lumus dalam mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah kemarau ini.