Pengurus lawatan cedera dihempap pokok tumbang

Keadaan bas rosak selepas dihempap pokok tumbang.
Foto: APM
Keadaan bas rosak selepas dihempap pokok tumbang. Foto: APM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera manakala sebuah bas pelancong mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang berhampiran Muzium Polis Diraja Malaysia Jalan Perdana Bukit Aman di sini pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan insiden pokok tumbang yang menghempap mangsa dan sebuah bas pelancong.

Menurutnya, mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai pengurus lawatan dikatakan berada berhampiran bas pelancong itu sewaktu kejadian.

"Mangsa baru turun dari bas dan berada berhampiran kenderaan berkenaan sewaktu pokok tumbang menghempap bahagian hadapan bas dan mangsa.

"Mangsa menerima rawatan di zon merah Hospital Kuala Lumpur selepas cedera di kepala, tulang rusuk dan kaki kanan, " katanya.

Katanya, kerja mengalih pokok tumbang terus dilakukan selepas operasi menyelamat mangsa selesai.

Artikel Berkaitan: