Suspek berhubung dengan Cikgu Istiqomah kerana Forex - Polis

ALOR GAJAH - Suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Cikgu Istiqomah dipercayai berhubung dengan mangsa kerana urusan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex).
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 37 tahun dan telah berkahwin direman sejak 6 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Suspek adalah bekas guru dan kenalan mangsa masa belajar, berurusan dengan mangsa atas urusan pelaburan Forex," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Terdahulu media melaporkan suspek disambung reman selama tujuh hari bermula Selasa untuk membantu siasatan kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang Johor, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee.
Sebelum ini suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.
Sinar Harian pada pada 6 Januari lalu melaporkan mayat dibiarkan tanpa pakaian sebelum itu ditemui orang awam kira-kira jam 2 petang 31 Disember.
Mayat ditemukan dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Polis buru lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
08 November 2026 03:03pmSijil halal meragukan, AKPS bongkar cubaan seludup daging kerbau bernilai hampir setengah juta
08 November 2026 02:48pmKapal kargo Gambia ditahan bersauh tanpa kebenaran
08 November 2026 02:39pmPas, UMNO Shah Alam buat laporan polis terhadap Peguam Negara
08 November 2026 01:25pmDatuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
08 November 2026 07:15amPelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
08 November 2026 07:30amSerangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'
08 November 2026 08:21amLelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
08 November 2026 08:15am

