Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit susut daripada pengukuhan semalam apabila dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini.
Ringgit susut daripada pengukuhan semalam apabila dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit susut daripada pengukuhan semalam apabila dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini ketika para pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan sentimen positif dalam ekonomi global ketika ini.

Setakat 9.20 pagi ini, ringgit disebut pada 4.0850/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0790/0820 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata tindakan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar sedia ada pada mesyuarat pertamanya tahun ini hanya memberi kesan minimum terhadap prospek ekonomi ketika negara maju itu meneruskan pengembangannya dalam tempoh panjang.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ringgit mengukuh kepada 2.9966/9993 daripada 2.9979/9012 berbanding dolar Singapura namun ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7501/7536 daripada 3.7408/7446 pada Rabu.

Unit tempatan itu turut lemah berbanding euro kepada 4.4988/5025 daripada 4.4869/4918 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3199/3242 daripada 5.3076/3131, semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: