Hutang berkurang beri penarafan lebih baik kepada negara - Pakar

Jangkaan hutang negara akan menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang semakin berkurang memberi impak positif kepada penarafan atau penilaian terhadap Malaysia. Gambar kecil: Barjoyai
Jangkaan hutang negara akan menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang semakin berkurang memberi impak positif kepada penarafan atau penilaian terhadap Malaysia. Gambar kecil: Barjoyai
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jangkaan hutang negara akan menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang semakin berkurang memberi impak positif kepada penarafan atau penilaian terhadap Malaysia.

Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, penambahan kekuatan kredit negara itu juga turut memberi kesan kepada kadar penukaran mata wang.

“Kadar hutang negara yang semakin berkurang ini memberi banyak kesan langsung sebenarnya.

“Rating (penarafan) akan menjadi lebih baik dan itu merupakan salah satu daripada kesan positif paling ketara.

“Faedah lain yang turut diperoleh negara dalam bentuk yang tidak langsung ialah nilai import yang lebih kecil kerana kadar penukaran mata wang yang semakin baik itu.

“Keadaan itu juga turut memberi tarikan kepada pelabur antarabangsa untuk datang melabur di negara ini. Sebab itulah kadar hutang sesebuah negara memainkan peranan sangat penting,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesan penurunan hutang negara terhadap ekonomi tempatan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Jumaat dilaporkan berkata, hutang negara dijangka menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang mula berkurang.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, hutang baharu tahunan telah berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion kepada RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM100 bilion pada 2022 dalam tempoh dua tahun Kerajaan Madani mentadbir.

Sementara itu, ditanya mengenai perbandingan tahap hutang Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain, Barjoyai berkata, negara ini jauh lebih rendah.

Sebagai contoh, katanya, Singapura mempunyai kadar hutang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Bagaimanapun katanya, di Singapura ia diimbangi dengan mempunyai rizab yang lebih besar.

“Jadi, kalau dibandingkan dengan Thailand, Indonesia kita jauh lebih baik sebenarnya (kadar hutang negara),” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!