Penyokong Zuraida dakwa berlaku pilih kasih

Kira-kira 240 penyokong Zuraida berhimpun di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap Naib Presiden PKR itu.
Kira-kira 240 penyokong Zuraida berhimpun di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap Naib Presiden PKR itu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penyokong Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang berlaku dalam parti dan mendakwa berlaku pilih kasih terhadap kepimpinan parti.

Pengerusi Penggerak Nasional Terengganu, Mohd Alfaizal Amjed berkata, terdapat segelintir pihak yang melanggar peraturan parti namun tidak dikenakan tindakan.

"Kami kesal kerana seolah-olah terdapat pendakwaan terpilih dan pilih kasih terhadap kepimpinan parti. Ada segelintir pemimpin yang secara jelas melanggar peraturan parti, tetapi tiada tindakan diambil.

"Kalau dulu kita gembar-gembur untuk menolak autoritarian tapi adakah hari ini kita mengamalkannya?" katanya ketika ditemui pada himpunan solidariti yang dianjurkan bagi menyatakan sokongan terhadap Zuraida di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 240 penyokong yang bermula jam 2 petang itu antara lain menggesa supaya tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap Naib Presiden PKR itu.

Mohd Alfaizal berkata, himpunan itu juga sebulat suara mendokong kepimpinan serta prestasi baik yang ditunjukkan Zuraida sepanjang menerajui parti.

"Kita tidak menuntut, tetapi hari ini kita bersolidariti untuk Naib Presiden PKR, selaku ahli yang menang selepas pemilihan lalu.

"Kita gesa supaya tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau kerana apa yang dilakukan adalah menyatakan kebenaran dan jujur dalam setiap tindakan.

Artikel Berkaitan:

"Kami sebaliknya menggesa agar parti ini dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang jelas melanggar peraturan dan perlembagaan parti," katanya.

Terdahulu, Zuraida diberi tempoh 14 hari bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya pada 18 Januari lalu atas dakwaan salah laku disiplin.

Hari ini merupakan tarikh akhir penyerahan jawapan bertulis atas dakwaan yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida serah surat jawapan tunjuk sebab