Lelaki maut pacuan empat roda rempuh pokok

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Utara Sandakan.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Utara Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Batu 3 Jalan Utara Sandakan, di sini, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu bersendirian dari Batu 4 menuju ke pusat bandar.

"Sebaik tiba di lokasi, pacuan empat roda yang dipandunya telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan seterusnya merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hosputal Duchess of Kent (HDOK) untuk tujuan bedah siasat.

Keadaan kenderaan remuk di bahagian hadapan impak dari rempuhan sebatang pokok di Batu 3 Jalan Utara Sandakan.
Keadaan kenderaan remuk di bahagian hadapan impak dari rempuhan sebatang pokok di Batu 3 Jalan Utara Sandakan.

"Kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer.

"Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Isuzu D-Max yang melanggar sebatang pokok dan terdapay seorang mangsa terlibat berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.20 pagi setelah pasukan bomba memastikan keadaan lokasi selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!