X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak maut ditikam selamat dikebumi

Mohd Taquddin (kiri, berbaju hitam) melihat proses pengebumian anaknya
A
A

KEMAMAN - Jenazah Nur Hafiyaaufa Mohd Taquddin, 3, yang maut ditikam bapa saudaranya sendiri, selamat dikebumikan kira-kira jam enam petang tadi.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Cherul, di sini yang dihadiri saudara-mara, kenalan dan orang ramai.

Jenazah kanak-kanak itu selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kemaman kira-kira jam 3 petang, sebelum dimandikan dan dikafankan.

Jenazah kemudian dibawa pulang Mohd ke kampung halaman bapanya, Taquddin Ramli, 33, untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Taquddin memangku jenazah anaknya selepas selesai proses bedah siasat.
Taquddin memangku jenazah anaknya selepas selesai proses bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari di Felda Cherul 2, Kemaman semalam, mangsa dipercayai ditikam di dada menggunakan pisau pemotong sayur.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 26 tahun dan tidak bekerja itu berjaya ditahan penduduk kampung, sebelum diserahkan kepada polis.

Difahamkan, hasil ujian saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak tiga tahun maut ditikam bapa saudara

'Saya dah maafkan dia'

Bunuh anak saudara: Penganggur direman tujuh hari


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus