X

Kindly register in order to view this article
!

Bunuh anak saudara: Penganggur direman tujuh hari

Suspek sewaktu hadir di Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini untuk direman.
A
A

KEMAMAN - Seorang penganggur direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes tikam anak saudaranya sendiri menggunakan pisau pemotong sayur semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Azman Mustapha bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek yang berusia 26 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak tiga tahun maut ditikam bapa saudara

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari di Felda Cherul 2, Kemaman semalam, mangsa yang berusia tiga tahun itu maut dipercayai ditikam di dada oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.

Difahamkan, hasil ujian saringan urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!