Pelancong China dijangka meningkat 400 juta menjelang 2030

China telah menjadi negara yang paling ramai rakyatnya melancong.
China telah menjadi negara yang paling ramai rakyatnya melancong.
A
A
A

PADA tahun 2018, seramai 149.7 juta warga China melancong ke seluruh dunia.

Jumlah ini meningkat 1,326 peratus berbanding tahun 2000 yang hanya berjumlah 10.5 juta orang.

Dalam tempoh hampir dua dekad, China telah menjadi negara yang paling ramai rakyatnya melancong, jauh meninggalkan Amerika Syarikat (AS) di tempat kedua dengan 93 juta rakyatnya melancong ke luar negara setiap tahun.

Pada tahun 2018 juga, rakyat China telah berbelanja sebanyak AS$277.3 bilion (RM1.12 trilion) di seluruh dunia. Jumlah ini jelas membuktikan betapa pentingnya pelancong China di dalam industri pelancongan dunia.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Pelancongan Luar China (COTRI), jumlah pelancong China ke luar negara dijangka meningkat kepada 400 juta orang pada tahun 2030. Jumlah ini adalah suku daripada jumlah keseluruhan pelancong dunia.

Selain itu, daripada 149.7 juta rakyat China yang melancong ke luar negara pada 2018, 70 juta daripadanya pergi ke Hong Kong, Macau dan Taiwan yang dianggap sebagai Greater China.

Pelancong China kebanyakannya memilih negara-negara ASEAN sebagai destinasi utama pada tahun 2018 dengan Thailand di tempat pertama dengan 10.5 juta pelancong pada tahun lepas manakala Vietnam pula di tangga kedua dengan 4.9 juta orang.

Sementara itu, jumlah pelancong China ke Malaysia pada tahun lalu adalah seramai 2.4 juta orang, menurun berbanding 2.9 juta orang pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan:

Dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong China ini, kerajaan negara tersebut juga sedang giat membina dan menaik taraf kemudahan seperti lapangan terbang. Dalam laporan Lapangan Terbang Tersibuk Dunia 2018, tiga dari sepuluh lapangan terbang paling sibuk terletak di kawasan Greater China.