KDA FC bakal ditentang sengit Kuching City

Penyerang KDA FC, Ebenezer Assifuah (kanan) antara tonggak yang turun berlatih pada sesi latihan di Jitra pada Rabu. Foto KDA FC
Penyerang KDA FC, Ebenezer Assifuah (kanan) antara tonggak yang turun berlatih pada sesi latihan di Jitra pada Rabu. Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC dijangka menerima tentangan sengit Kuching City FC pada saingan Liga Super 2024-2025 apabila menerima kunjungan kelab itu di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, pasukan dari Borneo tersebut menampilkan prestasi baik sejak beberapa perlawanan lalu di pentas Liga Super dan suku akhir Piala FA.

Menurutnya, walaupun Sang Kenari mencatatkan keputusan positif ke atas Penang FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), pemainnya diingatkan agar tidak memandang rendah cabaran skuad Aidil Sharin Sahak itu.

"Saya berharap misi meraih tiga mata dapat diteruskan untuk memastikan kedudukan lebih baik KDA FC dalam liga super," katanya.

Walaubagaimanapun, jelas Nafuzi, skuadnya akan turun tanpa dua tonggak iaitu bek kanan, Rizal Ghazali dan pemain sayap kanan, Sukhrob Nurulloev akibat cedera semasa separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat lalu.

Menurutnya, pemain gantian diharapkan dapat menjalankan tugas dengan baik terutamanya dalam melaksanakan misi untuk memburu tiga mata penuh di laman sendiri.

Momentum tiga mata diburu di pentas saingan liga itu bagi membina kekuatan pasukan sebelum aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Ogos depan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!