Bintang bola sepak turut simpati nahas menimpa Kobe Bryant

Pemergian Kobe Bryant nyata satu kehilangan besar buat industri sukan.
Pemergian Kobe Bryant nyata satu kehilangan besar buat industri sukan.
A
A
A

BERITA kematian legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Los Angles Lakers, Kobe Bryant, 41, yang terbunuh dalam nahas helikopter di Calabasas, California kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan mendapat ucapan simpati dalam kalangan pemain bola sepak dunia.

Turut terbunuh dalam nahas itu adalah anak perempuan Bryant, Gianna Bryant, 13 tahun.

Bintang Perancis yang juga pemain Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe selepas aksi menentang Lille pada saingan Ligue 1 memuat naik di Twitter gambarnya bersama Bryant dengan ucapan "RIP LEGEND"

Bintang Portugal yang juga penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo turut terkejut dengan kematian Bryant menyifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kobe Bryant terbunuh nahas helikopter

"Berita menyedihkan menimpa Bryant dan anak perempuannya, Gianna. Takziah buat keluarga Bryant dan mereka yang terlibat dalam nahas tersebut."

Penyerang England yang juga Manchester United, Marcus Rashford juga turut memuat naik status - inspirasi sejati industri sukan.

Beberapa bintang bola sepak seperti Lionel Messi, Thibaut Courtois serta bekas tonggak Chelsea, Didier Drogba turut memuat naik ucapan takziah.

Artikel Berkaitan: