X

Kindly register in order to view this article
!

Kobe Bryant terbunuh nahas helikopter

Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna maut dalam nahas helikopter di California.
A
A

SACRAMENTO - Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant terbunuh selepas helikopter peribadinya terhempas dan terbakar di California semalam.

Nahas terbabit berlaku di pinggir bandar Calabasas kira-kira jam 9.47 pagi (waktu tempatan).

Lapor media tempatan, empat individu lain termasuk anak perempuan Bryant berusia 13 tahun turut terbunuh dalam nahas tersebut.

Jabatan Bomba Los Angeles berjaya memadam sepenuhnya kebakaran pada ham 10.30 pagi dan laporan awal mengatakan nahas berpunca akibat kabus tebal.

Bryant, 41, dipercayai dalam perjalanan menghantar anak keduanya, Gianna ke Akademi Mamba di Thousand Oaks bagi menjalani latihan bola keranjang.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Juara NBA lima kali itu beraksi bersama Los Angeles Lakers selama 20 tahun dan bersara pada April 2016.

Pencapaian terbaik Bryant dalam arena bola keranjang apabila diangkat sebagai pemain NBA paling berharga (MVP) pada 2008.

Bryant pernah merangkul Oscar untuk filem animasi pendek 'Dear Basketball' pada 2018.

Selain bola keranjang, Bryant turut meminati bola sepak selepas jatuh cinta dengan sukan itu ketika membesar di Itali. - Agensi