Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada Selasa. Foto Bernama
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) di sini pada Selasa.

Lawatan Seri Paduka Baginda adalah sebahagian daripada acara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan tradisi di Istana Negara pada Sabtu lepas.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah pada jam 9.53 pagi disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada Selasa. Foto Bernama
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada Selasa. Foto Bernama

Turut mengiringi, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama isteri masing-masing.

Pada majlis itu, Dzulfkefly telah menyampaikan sembah ucapan kepada Raja Permaisuri Agong manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Seri Norazman Ayob menyampaikan sembah taklimat mengenai HOAG kepada Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada HOAG yang diserahkan kepada pengarahnya, Dr Izandis Mohamad Sayed.

Selain itu, Raja Permaisuri Agong juga dipersembahkan dengan Tarian Sidud iaitu tarian suku kaum Mah Meri oleh Kumpulan Main Jo'oh Tompoq Topoh dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan meluangkan masa setengah jam melawat pesakit di wad HOAG sebelum berangkat balik. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!