Raja Permaisuri Agong berkenan ziarah Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Ahad berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Ahad berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Ahad berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.

Menurut catatan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Seri Paduka Baginda ke makam diraja itu bagi menziarahi pusara ayahanda Almarhum Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan bonda Almarhumah Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Ariff Shah.

Berangkat sama mengiringi Raja Zarith Sofiah ialah Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. - Bernama

Artikel Berkaitan: