Senator orang asli tanding Ketua Bersatu Bahagian Pontian

Isa
Isa
A
A
A

PONTIAN - Pemilihan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pontian bakal menyaksikan saingan sengit melibatkan pertembungan lima penjuru.

Senator yang mewakili masyarakat orang asli, Datuk Isa Ab Hamid mencuri tumpuan sewaktu menyerahkan borang di Pejabat Bersatu Bahagian Pontian di Mukim Api-Api, pagi tadi.

Beliau akan ditentang Zulkifly Tasep yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Pontian dan tiga lagi calon lain yang turut menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Mereka ialah Joni Rajab, Nurul Ashikin Zinl Habedin dan Iskandar Noir Ibrahim.

Isa ketika ditemui berkata, pengalaman sebagai senator di Dewan Negara sejak 2016 selain pengalaman sebagai guru menyebabkan dia terpanggil untuk bertanding bagi menabur bakti kepada parti di kawasan tempat asalnya iaitu di Benut Pontian.

Penyerahan borang berlangsung di Pejabat Bersatu Bahagian Pontian pagi tadi.
Penyerahan borang berlangsung di Pejabat Bersatu Bahagian Pontian pagi tadi.

"Saya tidak lihat kepada persaingan tetapi semangat untuk bertanding itu perlu diberi pujian, tidak kisah berapa penjuru," katanya.

Sementara itu Zulkifly yang mempertahankan jawatan sebagai ketua bahagian kali ini berkata, pemilihan parti kali ini terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertanding.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap suasana pemilihan Bersatu yang julung kali diadakan di peringkat cawangan mahu pun Pusat berlangsung dalam keadaan tenang tanpa provokasi memburukkan calon," katanya.

Bersatu Bahagian Pontian mempunyai 954 ahli termasuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi akan membuat pemilihan di peringkat bahagian dan cawangan pada 22 Februari ini.