Lelaki mengaku tidak bersalah rogol kekasih bawah umur

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang juga teman wanitanya, tahun lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang juga teman wanitanya, tahun lalu.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang juga teman wanitanya, tahun lalu.

Tertuduh yang baru berusia 19 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret T Ashvinii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak sekitar jam 10.30 malam pada 6 Mei 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan.

Tertuduh yang diwakili Peguam Farriz Minarwan memohon jaminan yang minimum atas alasan anak guamnya baru mendapat pekerjaan dua minggu lalu sebagai pembantu pemandu jentolak.

Menurutnya, tertuduh yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik baru sahaja kehilangan ayah dan perlu menjaga ibu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 selain syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan:

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Ogos depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!