MB Perak tidak dicabar

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Seperti dijangka, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kekal menerajui Bersatu Tambun selepas bahagian tersebut tiada pertandingan.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, selain Tambun, lima lagi calon ketua bahagian menang tanpa bertanding selepas kedudukan mereka tidak dicabar.

Beliau berkata, daripada 24 bahagian Bersatu yang ada di Perak sebanyak 18 bahagian terdapat pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.

"Secara keseluruhannya, proses penamaan calon yang berlangsung berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Sebanyak 1,305 borang pencalonan diterima untuk pelbagai jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan kali ini," katanya kepada media hari ini.

Zainol Fadzi (dua dari kanan) bersama-sama jawatankuasa pemilihan Bersatu menerima borang-borang pencalonan bahagian di Perak.
Zainol Fadzi (dua dari kanan) bersama-sama jawatankuasa pemilihan Bersatu menerima borang-borang pencalonan bahagian di Perak.

Zainol Fadzi berkata, semua borang tersebut dikumpul di Pejabat Bersatu Perak sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Bersatu untuk semakan dan saringan.

Menurutnya, senarai muktamad calon yang layak bertanding akan diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada 1 Februari ini.

Artikel Berkaitan:

"Proses pemilihan Bersatu yang sedang berlangsung kali ini pastinya menjadi medan untuk pendukung parti menyediakan saf kepimpinan mantap bagi mendepani cabaran politik semasa dan masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, lima bahagian yang tidak berdepan pertandingan bagi jawatan ketua bahagian ialah Taiping, Batu Gajah, Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Bagan Datuk.