Malaysia masih ada sisa perpaduan, semaikanlah

Perpaduan
Perpaduan
A
A
A

KOTA BHARU - Suasana di Malaysia disifatkan bermasalah terutama melibatkan perpaduan kaum, namun perkara itu masih boleh diperbaiki.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Malaysia masih mempunyai sisa perpaduan yang boleh disemai kembali dan diperkukuhkan untuk generasi masa depan.

"Kalau sisa itu masih ada, kita perkasakan perpaduan itu. Malaysia hari ini berada dalam satu suasana cukup bermasalah dengan masalah kaum, situasi yang cukup tidak stabil sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan dan salah faham.

"Jangan kita jadikan ini sebagai satu alasan untuk bergaduh satu sama lain. Sedangkan kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang perlu kita angkat sehingga peringkat antarabangsa," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, perpaduan kaum di Malaysia boleh menjadi produk dunia dan bukti bahawa ia adalah model masyarakat yang boleh ditonjolkan di peringkat antarabangsa.

Mohammad Tawfik Yaakub
Mohammad Tawfik Yaakub

"Dalam skop yang lebih luas, kelebihan tersebut mampu menarik perhatian masyarakat luar terutama bagi mewujudkan keamanan dalam pelbagai konteks.

"Wujudkan satu 'pasaran' budaya di peringkat antarabangsa. Apa yang kita ada hari ini, kerencaman kepelbagaian ini merupakan satu anugerah yang cukup besar kepada negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, satu titik tanda kepada satu platform untuk kita baiki hubungan antara satu sama lain dan untuk kita leraikan ketegangan antara kaum

"Bila tibanya satu-satu perayaan, maka kita dapat lihat keamanan antara kaum ini sebagai satu keistimewaan," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan ahli-ahli politik supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan menjadikan perkauman demi meraih sokongan politik.