Ee Yi-Yew Sin cipta sejarah tersendiri

Ee Yi-Yew Sin cipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Thailand Masters 2020 di Bangkok hari ini. Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM
Ee Yi-Yew Sin cipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Thailand Masters 2020 di Bangkok hari ini. Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A
A

BEREGU lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mencipta sensasi gemilang apabila muncul juara Kejohanan Badminton Thailand Masters 2020 di Bangkok hari ini.

Gandingan yang menghuni ranking ke-20 dunia itu mengesahkan kejuaraan selepas melakar kemenangan ke atas beregu China, Huang Kai Xiang-Liu Cheng 18-21, 21-17, 21-17 pada aksi final.

Kejayaan itu pastinya dianggap hadiah cukup istimewa buat Ee Yi-Yew Sin sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, sekali gus mengubati kekecewaan mereka digugurkan daripada skuad kebangsaan awal bulan ini.

Sebagai rekod, ini kali pertama Ee Yi-Yew Sin mara ke pentas final sebagai gandingan profesional. Dalam dua kejohanan sebelum ini, Malaysia Masters dan Indonesia Masters menyaksikan mereka mara sehingga peringkat suku akhir.

Prestasi konsisten Ee Yi-Yew Sin itu turut berjaya memikat hati Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyenaraikan mereka bagi menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina bulan depan.

Artikel Berkaitan: