X

Kindly register in order to view this article
!

Taktik bawa tengkorak jadi penumpang tak menjadi

Pemandu terbabit mengikatkan tengkorak tersebut pada kerusi penumpang di sebelahnya. - Foto Agensi
A
A

PHOENIX - Seorang pemandu di Amerika Syarikat (AS) kantoi kerana cuba menggunakan tengkorak palsu sebagai penumpang supaya dia boleh menggunakan laluan 'carpool' atau high-occupancy vehicle (HOV).

Jabatan Arizona untuk Keselamatan Awam memaklumkan pemandu berusia 62 tahun itu ditahan selepas seorang pegawai terlihat tengkorak yang memakai topi dan diikat pada kerusi penumpang dengan tali berwarna kuning.

Akibat perbuatan itu, pemandu tersebut dikenakan saman.

Menurut jabatan tersebut, kira-kira 7,000 pemandu lain di Arizona ditahan kerana melanggar peraturan HOV yang dikhaskan untuk kenderaan membawa penumpang pada setiap tahun.

Menerusi mesej dimuat naik di Twitter, ia turut memberi amaran kepada pemandu lain yang mahu menggunakan taktik sama.

"Anda fikir anda boleh menipu dengan cara ini? Semestinya anda salah!" sindir kapsyen gambar memaparkan insiden tersebut yang turut disertakan dengan hashtag #NiceTry.

Pada April lalu, seorang pemandu turut ditahan kerana menggunakan laluan HOV bersama patung yang dipakaikan topi besbol dan kaca mata hitam. - Agensi