X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor di Wuhan terpaksa guna lampin pakai buang

Doktor di Wuhan terpaksa memakai lampin pakai buang dewasa kerana tiada masa untuk ke tandas. - Foto Reuters
A
A

WUHAN - Doktor yang sedang berjuang memerangi wabak koronavirus di Hospital Union di sini mendakwa terpaksa memakai lampin pakai buang dewasa gara-gara terlalu sibuk merawat pesakit virus tersebut.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Do berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana mereka tidak mempunyai masa untuk menggunakan tandas disebabkan pesakit wabak tersebut terlalu ramai.

Menurutnya, mereka juga menggunakan lampin tersebut bagi mengelakkan diri daripada membuka pakaian perlindungan yang dikhuatiri akan tercemar dengan wabak tersebut, lapor The Sun yang memetik sumber.

“Sut perlindungan di sini pula sangat berkurangan sehingga ada doktor yang menyifatkan siapa yang dapat sut perlindungan diri baru seperti memenangi loteri.

“Kami tahu sut perlindungan yang kami pakai ini tidak akan dapat lagi, jadi sememangnya kami tidak boleh bazirkan walaupun satu sut,” katanya.

Petugas perubatan juga guna lampin pakai buang untuk elak diri membuka pakaian perlindungan yang dikhuatiri akan tercemar. - Foto Reuters
Petugas perubatan juga guna lampin pakai buang untuk elak diri membuka pakaian perlindungan yang dikhuatiri akan tercemar. - Foto Reuters

Pelaksanaan kuarantin terhadap bandar yang mempunyai hampir 11 juta penduduk itu menyebabkan hospital tempatan menjadi tumpuan pesakit dan ahli keluarga.

Wabak koronavirus ini juga membuatkan doktor dan kakitangan perubatan keletihan kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Hospital di sini bukan sahaja mengalami kekurangan seperti kelengkapan katil, malah kelengkapan perlindungan daripada jangkitan seperti sarung tangan serta topeng hidung dan muka juga mulai habis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus