X

Kindly register in order to view this article
!

Koronavirus: Petisyen haramkan pelancong China datang ke Malaysia

Setakat jam 11.30 pagi tadi, petisyen tersebut telah mendapat lebih 183,187 tandatangan yang mahu warganegara China diharamkan daripada memasuki Malaysia.
A
A

SHAH ALAM – Satu petisyen menggesa Kementerian Pelancongan agar tidak membenarkan kemasukan pelancong dari China susulan kes pertama jangkitan koronavirus di Malaysia telah dilancarkan pagi semalam.

Petisyen yang dilancarkan oleh individu yang menamakan dirinya, Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy meletakkan sasaran 200,000 tandatangan menerusi laman web change.org.

Setakat jam 11.30 pagi tadi, petisyen tersebut telah mendapat lebih 183,187 tandatangan yang mahu warganegara China diharamkan daripada memasuki Malaysia.

Dalam mukadimah petisyen berkenaan, ia memberi dorongan kepada kerajaan untuk menghalang pelancong China daripada dibenarkan masuk ke negara ini buat sementara waktu.

“Virus ini (koronavirus) kini tersebar luas di seluruh dunia kerana gaya hidup mereka yang tidak bersih. Kerajaan perlu berfikir lebih lanjut dan teliti tentang kesihatan rakyat Malaysia.

“Jangan tunggu sehingga ada kematian dalam kalangan rakyat Malaysia barulah kerajaan mahu ambil langkah pencegahan ketika itu,” tulisnya.