Tiga kotak berisi dokumen dibawa keluar dari pejabat HRD Corp

Sekumpulan anggota penyiasat SPRM membawa keluar tiga kotak dipercayai berisi dokumen dari bangunan HRD Corp di Jalan Beringin, Kuala Lumpur pada Selasa.
Foto HISYAMUDDIN AYUB
Sekumpulan anggota penyiasat SPRM membawa keluar tiga kotak dipercayai berisi dokumen dari bangunan HRD Corp di Jalan Beringin, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto HISYAMUDDIN AYUB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas hampir enam jam memasuki bangunan pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin, di sini, sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat keluar dari bangunan itu jam 5.45 petang.

Sepasukan anggota dan pegawai SPRM tersebut dilihat membawa bersama tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Terdahulu, pasukan terdiri daripada 10 anggota dan pegawai termasuk seorang wanita dengan menaiki empat kenderaan berasingan tanpa logo SPRM mula tiba pada jam 11.30 pagi dengan masing-masing memakai kemeja berkot.

Sekumpulan anggota penyiasat SPRM dilihat keluar dari bangunan dari bangunan HRD Corp pada jam 5.45 petang. Foto HISYAMUDDIN AYUB
Sekumpulan anggota penyiasat SPRM dilihat keluar dari bangunan dari bangunan HRD Corp pada jam 5.45 petang. Foto HISYAMUDDIN AYUB

Sinar Harian turut melaporkan beberapa orang penyiasat SPRM turut mengambil dokumen dari Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya pada Selasa.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan kehadiran kumpulan penyiasat di dua lokasi tersebut bagi mendapatkan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan.

"SPRM telah hadir di Kesuma dan HRD Corp untuk mendapatkan dokumen-dokumen untuk siasatan pada tengah hari ini.

"Fokus siasatan tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Tiga kotak dipercayai berisi dokumen dari bangunan HRD Corp di Jalan Beringin, Kuala Lumpur dimasukkan ke dalam kenderaan. Foto HISYAMUDDIN AYUB
Tiga kotak dipercayai berisi dokumen dari bangunan HRD Corp di Jalan Beringin, Kuala Lumpur dimasukkan ke dalam kenderaan. Foto HISYAMUDDIN AYUB

Sabtu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam LKAN 2/2024.

Beliau berkata, pasukan siasatan juga akan ke Kesuma dan HRD Corp hari ini bagi mendapatkan dokumen berkaitan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!