Koronavirus: Mayat pesakit tersadai di koridor hospital

Tangkapan layar video yang memaparkan mayat diletakkan begitu sahaja kerana tidak dituntut keluarga
Tangkapan layar video yang memaparkan mayat diletakkan begitu sahaja kerana tidak dituntut keluarga
A
A
A

WUHAN - Panggilan seorang jururawat meminta pertolongan daripada orang ramai untuk mengangkat mayat pesakit virus koronavirus tidak diendahkan sehingga menyebabkan dirinya menangis akibat tindakan masyarakat.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hospital di sini kini dipenuhi dengan pesakit virus tersebut bagi merawat wabak tersebut yang boleh mengundang maut, lapor South China Morning Post yang memetik sumber.

Seorang saksi wanita yang dikenali sebagai Xioxi berkata ketika kejadian, dia telah pergi ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan buat suaminya.

Menurutnya, dia juga telah menyaksikan adegan-adegan yang mengerikan di mana mayat-mayat yang telah dibungkus menggunakan linen ditinggalkan di koridor hospital sementara ramai yang lain sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Tangkapan layar video yang memaparkan sebuah hospital dalam satu kawasan yang dikuarantin di Wuhan, China dipenuhi orang ramai susulan merebaknya koronavirus. - Foto: Dailystar
Tangkapan layar video yang memaparkan sebuah hospital dalam satu kawasan yang dikuarantin di Wuhan, China dipenuhi orang ramai susulan merebaknya koronavirus. - Foto: Dailystar

“Saya menyerahkan satu pek tisu kepada jururawat itu. Dia menangis ketika cuba mendapatkan bantuan beberapa orang untuk mengalihkan mayat tetapi tiada sesiapa yang memberi respons padanya.

“Pasukan kesihatan awam kini dalam keadaan terdesak akibat keadaan pesakit yang tidak terkawal disebabkan virus (koronavirus) ini. Di sini anda akan melihat ahli keluarga kini sedang berjuang untuk mendapatkan katil dan rawatan di sini. Kami sangat terdesak,” katanya.

Terdahulu, 41 orang maut akibat virus terbabit dan kira-kira 1,000 kes telah dilaporkan setakat ini.

Artikel Berkaitan: