Gagal seludup 540kg ketum ke Thailand

Antara guni berisi daun ketum yang dirampas PGA dalam operasi Op Wawasan di Padang Besar, Perlis kelmarin.
Antara guni berisi daun ketum yang dirampas PGA dalam operasi Op Wawasan di Padang Besar, Perlis kelmarin.
A
A
A

PADANG BESAR - Tindakan pantas Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 540 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM81,000 ke negara jiran dalam dua serbuan Op Wawasan berasingan di sini kelmarin.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi pertama di kawasan ladang kira-kira jam 11 pagi berjaya mengesan sekumpulan lelaki memikul guni putih dalam keadaan mencurigakan.

"Kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri dengan menaiki motosikal selepas menyedari kehadiran anggota operasi.

"Pemeriksaan kemudian menjumpai lapan guni plastik putih mengandungi daun ketum seberat 240kg dianggar bernilai RM36,000," katanya.

Antara guni berisi ketum yang dirampas PGA dalam operasi Op Wawasan di Padang Besar, Perlis kelmarin.
Antara guni berisi ketum yang dirampas PGA dalam operasi Op Wawasan di Padang Besar, Perlis kelmarin.

Beliau berkata, operasi seterusnya di kawasan ladang mangga kira-kira jam 6.30 petang berjaya mengesan dua lelaki sedang memunggah guni putih dari sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna hitam.

Bagaimanapun, dua lelaki berkenaan bertindak memecut kereta itu selepas cuba ditahan anggota operasi.

"Operasi kemudian berjaya mengesan semula Proton Waja terbabit yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan menemui 10 guni putih berisi daun ketum seberat 300kg bernilai RM45,000," katanya.

Katanya, kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.