Tular SPR tukar alamat pengundi ikut maklumat e-Wallet palsu

Kenyataan SPR berhubung dakwaan pengundi ditukarkan bahagian pilihan raya berdasarkan alamat yang dikemas kini di aplikasi e-Wallet yang tular di Facebook baru-baru ini tidak benar.
Kenyataan SPR berhubung dakwaan pengundi ditukarkan bahagian pilihan raya berdasarkan alamat yang dikemas kini di aplikasi e-Wallet yang tular di Facebook baru-baru ini tidak benar.
A
A
A

SHAH ALAM – Dakwaan berhubung pengundi ditukarkan bahagian pilihan raya berdasarkan alamat yang dikemas kini di aplikasi e-Wallet yang tular di Facebook baru-baru ini tidak benar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, berita tular berkenaan adalah palsu.

“Berikutan daripada hantaran tersebut, talian hotline SPR telah dihubungi oleh pengundi yang merupakan pengguna aplikasi berkenaan untuk mengesahkan maklumat yang telah disebarkan.

“Dalam hal ini, SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tular ini adalah palsu dan tidak benar,” katanya hari ini.

Ujar beliau, SPR tidak boleh menukarkan bahagian pilihan raya mana-mana pemilih berdaftar tanpa pengetahuan pemilih tersebut.

Katanya, pertukaran bahagian pilihan raya bagi mana-mana pengundi bukan secara automatik sebagaimana dakwaan di Facebook.

“Berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, mana-mana pemilih berdaftar yang hendak menukar bahagian pilihan rayanya perlu membuat permohonan untuk menukar bahagian pilihan raya melalui saluran-saluran pendaftaran yang disediakan oleh SPR iaitu di Ibu Pejabat SPR, mana-mana Pejabat SPR negeri, semua Pejabat Pos di seluruh negara atau memohon secara atas talian MySPR Daftar iaitu di https://mysprdaftar.spr.gov.my,” katanya.

Artikel Berkaitan: