Kerajaan sedia peruntukan hadapi wabak koronavirus

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan memastikan persediaan menyeluruh terutama peruntukan mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan penyebaran wabak penyakit seperti koronavirus di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui pembangunan dana.

“Pada tahun 2019, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah meluluskan peruntukan bagi mewujudkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bernilai RM500 juta bagi mencegah penyakit berjangkit, menyiasat dan ancaman kepada kesihatan umum.

“Projek ini sedang dijalankan dan dijangka siap pada 2023. Melalui CDC, peranan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan akan diperkuatkan bagi menghadapi dan mengumumkan ancaman wabak kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus berbahaya, mudah merebak

Selain itu, katanya, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga telah menyediakan dana sebanyak RM227 juta bagi pembelian peralatan perubatan bagi kegunaan fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Oleh itu, kementerian akan memastikan semua hospital dan klinik terpilih bagi mengesan dan memantau penyakit itu akan dilengkapkan dengan peralatan yang cukup bagi mengawal wabak daripada terus merebak,” katanya.

Artikel Berkaitan: