Muhammad Anwar, Sa'adah johan majlis tilawah al-Quran

Mohd Nassuruddin menyampaikan hadiah kepada Sa'adah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Machang, di sini, hari ini.
Mohd Nassuruddin menyampaikan hadiah kepada Sa'adah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Machang, di sini, hari ini.
A
A
A

MACHANG - Guru agama, Muhammad Anwar Abdullah, 39 dinobatkan sebagai johan qari dengan markah sebanyak 76.5 peratus manakala kakitangan pusat kecergasan, Sa'adah Ibrahim, 53 johan qariah dengan markah 71 peratus.

Mohd Roslan Hussin di tempat kedua dan Mohd Shaufee Ismail di tempat ketika bagi kategori qari.

Bagi Qariah pula, Che Hasnah Deraman dinobatkan naib johan dengan markah 69.5 peratus dan Tengku Nor Tengku Ya di tempat ketiga dengan 60 markah.

Muhammad Anwar dan Sa'adah akan mewakili jajahan Machang ke peringkat negeri bagi kategori masing-masing pada tahun ini. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud

Pada ucapannya, Mohd Nassuruddin berkata, Majlis Tilawah al-Quran bukan sahaja mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan tetapi menggalakkan masyarakat Islam mendekati dan memahami al-Quran.

Katanya, umat Islam harus menghayati dan memahami maksud ayat al-Quran terutama pengajaran yang terkandung dalam kalam suci itu.

Artikel Berkaitan: