UEFA bakal hukum budak lelaki berswafoto dengan Ronaldo

Seorang budak lelaki menceroboh padang dan berswafoto dengan Ronaldo. Foto Agensi
Seorang budak lelaki menceroboh padang dan berswafoto dengan Ronaldo. Foto Agensi
A
A
A

KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) dikatakan bakal mengenakan hukuman ke atas budak lelaki yang menceroboh padang dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Portugal dan Turkiye sedang berlangsung.

Pertembungan Kumpulan F di Signul Iduna Park, Dortmund itu menyaksikan Ronaldo pada mulanya tersenyum dan tidak menolak untuk bergambar dengan budak lelaki tersebut.

Namun selepas insiden itu, sekurang-kurangnya lima lagi peminat cuba melakukan perkara sama sehingga membangkitkan kemarahan Ronaldo.

"Keselamatan di stadium, di padang dan di kemudahan pasukan adalah keutamaan utama untuk UEFA.

"Untuk tujuan ini, langkah-langkah keselamatan tambahan akan digunakan di stadium untuk memenuhi keperluan kejohanan dan mengelakkan kejadian seperti itu berulang," badan induk bola sepak Eropah itu memberitahu AFP.

Dalam situasi kelam-kabut itu, seorang pengawal keselamatan merempuh penyerang Paris Santi-Germain (PSG), Goncalo Ramos ketika cuba menghalang penceroboh padang yang menghampiri Ronaldo.

Mengulas insiden peminat menceroboh padang ketika perlawanan berlangsung, jurulatih Portugal, Roberto Martinez berkata; "Nasib baik niat mereka hanya mahu bergambar tetapi jika sebaliknya tentu situasi bertukar buruk."

UEFA turut mengumumkan bahawa peminat yang bertindak menyerbu padang akan dihalau keluar dari stadium, tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan seterusnya dan berhadapan tuduhan jenayah kerana menceroboh.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!